CONTOH KERJA KURSUS ARTIKEL EKONOMI MATRIKULASI SEM 1
Padah pekerja asing di Malaysia
SEKUMPULAN buruh
binaan warga asing berteduh di bawah jejambat Bulatan Pandan, Kuala Lumpur pada
23 Mei lalu. GAMBAR HIASAN/BERNAMA(28 Mei 2018 3:00 AM)
SUDAH terang lagi
bersuluh. Malaysia adalah sebuah negara aman damai serta makmur dan kerana
itulah pekerja-pekerja dari negara luar seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia
dan sebagainya ingin datang ke tanah air kita untuk mencari rezeki.
Pendatang asing dapat
dikategorikan kepada dua kelompok iaitu yang masuk secara sah dan pendatang
asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat
keizinan dari negara destinasinya berdasarkan akta dan peraturan yang
ditetapkan.
Sebaliknya PATI
adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan masuk dari negara tersebut dan
menyusup secara haram. Antara punca utama lambakan warga asing adalah masih
banyak kekosongan jawatan dalam sektor pekerjaan berbahaya yang tidak mampu
atau tidak ingin diceburi rakyat Malaysia.
Hal ini juga
disebabkan majikan membayar gaji terlalu rendah. Jalan mudah adalah dengan
membawa warga asing masuk ke negara kita untuk mengisi kekosongan tersebut pada
kadar bayaran lebih murah.
Sering kali kita
dengar kes jenayah yang berlaku melibatkan warga asing seperti kecurian,
rompakan, rogol dan sebagainya. Orang ramai masih berasa tidak selamat dengan
kehadiran mereka khususnya kaum wanita.
Selain itu, warga
asing juga boleh membawa masuk penyakit berjangkit seperti batuk kering dan
penyakit kelamin. Hanya warga asing yang mempunyai permit sah sahaja boleh
diperiksa tahap kesihatan mereka.
Sebagai contoh,
aktiviti seks warga asing dengan pelacur tempatan telah mempercepatkan lagi
penyebaran penyakit seperti HIV/AIDS.
Justeru, bagi
menangani masalah kebanjiran kedatangan warga asing, undang-undang sedia ada
perlu dilaksanakan dengan tegas oleh pihak berkuasa.
Dianggarkan sebanyak
6.7 juta pekerja asing berada di negara ini. Daripada jumlah tersebut, hanya
2.1 juta pekerja asing mempunyai permit. Bakinya adalah imigran haram.
MUHAMAD SUKRI CHE MAGHTAR
2.0 Pendahuluan
Kedatangan pekerja asing ke negara kita
semakin meningkat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pekerja asing atau pekerja tetamu adalah orang yang
bekerja di negara yang dia bukanlah seorang warganegara. Sesetengah pekerja
asing menggunakan program pekerja tetamu di negara yang mempunyai prospek
pekerjaan yang lebih disenangi daripada negara asal mereka. Pekerja tetamu sering
dihantar atau dijemput untuk bekerja di luar negara mereka, atau telah
memperoleh pekerjaan sebelum mereka meninggalkan negara mereka, sedangkan
pekerja asing sering meninggalkan negara asal mereka tanpa pekerjaan tertentu.
Kedatangan warga
asing ke negara ini berlaku sejak zaman pemerintahan British lagi.
Ramai warga asing daripada China dan
india dibawa masuk ke negara ini untuk berkerja sebagai buruh di sektor
perlandangan, perlombongan, dan juga termasuk sektor pembinaan. Pada masa
kini, kedatangan warga asing
ke Malaysia masih lagi berlaku dan tidak dapat
ditangani dengan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, kemasukan warga asing ke
Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor penarik yang menarik minat mereka
untuk datang bermigrasi ke Malaysia.
Antara
faktor penarik yang menyebabkan warga asing datang ke Malaysia ialah salah
satunya keadaan ekonomi Malaysia yang baik yang mana terdapat banyak peluang
pekerjaan yang tidak diisi oleh warga tempatan. Warga
asing melihat faktor ini sebagai satu peluang untuk mereka mencari rezeki
dengan mendapatkan peluang pekerjaan di Malaysia. oleh itu,terdapat segelintir
dalam kalangan mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk masuk ke negara ini secara
haram. Malah ada diantara mereka yang terus menetap di Malaysia samaada secara
sah ataupun secara tidak sah.
Kebanyakan pendatang asing datang dari Indonesia, Myanmar, Filipina,
Bangladesh, Nepal dan terdapat juga sebahagiannya yang datang dari negara
Afrika. Kebanjiran mereka di negara ini telah mendatangkan pelbagai impak
negatif. Sejak kita membuka
pintu kepada kemasukan buruh asing, penduduk tempatan sudah enggan lagi
melakukan kerja yang dikategorikan sebagai sektor 3D iaitu industri kotor, berbahaya
dan sukar. Mereka mula memandang rendah terhadap bidang kerja seperti ini dan
menganggap pekerjaan terbabit hanya layak untuk dilakukan oleh golongan pekerja
asing.
Kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal ini akan
menyebabkan berlaku lambakan warga asing dalam negara.
Jika keaadaan ini berterusan, ia boleh mendatangkan
pelbagai kesan negatif daripada aspek sosial dan ekonomi. Oleh itu, pihak
berwajib yang betanggungjawab perlu memainkan peranan bagi menangani kemasukan
warga asing ke Malaysia yang semakin tidak terkawal ini. Pihak berwajib perlu
meneliti langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kebanjiran
warga asing ini.
3.0
Perbincangan Ulasan tajuk Artikel
Pekerja-pekerja
dari negara luar seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan sebagainya datang ke tanah air kita untuk mencari rezeki
kerana mereka merasakan Malaysia adalah sebuah negara aman damai serta makmur.Pendatang
asing dapat dikategorikan kepada dua kelompok iaitu yang masuk secara sah dan
pendatang asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang
mendapat keizinan dari negara destinasinya berdasarkan akta dan peraturan yang
ditetapkan.
Kekosongan
jawatan yang masih banyak dalam sektor pekerjaan berbahaya yang tidak mampu
atau tidak ingin diceburi rakyat Malaysia merupakan salah satu punca lambakan
warga asing di Malaysia .Selain
itu, Sikap majikan yang gemar mengupah pekerja asing kerana kadar upah mereka
jauh lebih murah berbanding mengupah pekerja-pekerja tempatan yang lebih mahal.
Hal ini secara tidak langsung menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan
berkurangan. Sikap tidak memilih pekerja haruslah wujud dalam peribadi pekerja
tempatan.
Kadar
jenayah di negara ini semakin meningkat disebabkan kemasukan pekerja asing
tanpa kawalan . Kecurian, rompakan, rogol dan sebagainya sering kita lihat di
dada-dada akhbar. Keselamatan orang awam kini tidak terjamin lagi.
Pendatang
asing tanpa izin (PATI) membawa penyakit berbahaya daripada negara mereka
kerana mereka tidak menjalani ujian kesihatan sebelum menetap ni negara
kita.Hal ini kerana warga asing yang mempunyai permit sah sahaja boleh
diperiksa tahap kesihatan mereka. Penyakit-penyakit berjangkit seperti batuk
kering dan penyakit kelamin semakin bertambah saban hari.
Oleh
itu, semua pihak perlulah berusaha bagi menangani masalah kebanjiran kedatangan
warga asing. Undang- undang sedia ada perlu dilaksanakan dengan lebih tegas.
Sebanyak
6.7 juta pekerja asing dianggarkan berada di negara ini. Daripada jumlah
tersebut, hanya 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit. Bakinya adalah imigran
haram.
4.0 KESAN DAN PENAMBAHBAIKKAN
i. Pengaliran keluar masuk wang merugikan negara
Kemasukan pekerja asing memberi kesan
terhadap ekonomi negara kita. Pengaliran
keluar masuk mata wang negara pada
kadar yang banyak pada setiap bulan bakal merugikan negara dari segi
tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja asing ini. Sistem
transaksi canggih di bank-bank negara kita menyumbang kepada proses pertukaran
wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang
murah.Menurut statistik,sebanyak RM 9.124 juta telah dihantar ke negara asal
pekerja asing antara bulan januari hingga jun setiap bulan. Hal ini akan
membebankan kewangan negara. Bukan itu sahaja, sebanyak Rm 1.169 juta digunakan
sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan pendatang asing tanpa
izin(PATI) amat merugikan negara sekali gus mengganggu gugat kerancakan ekonomi
negara.
Oleh itu,Pihak majikan khasnya, perlu mengehadkan kebergantungan kepada buruh asing kerana mampu menimbulkan pelbagai
masalah sosial dan keselamatan. Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor
tertentu hendaklah mengikut sumber negara yang diluluskan kerajaan.Pihak
berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara
ini. Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan
pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal danmengambil
tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam
sekor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan. Jelasnya, pihak ejen dan majikan
yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
kerajaan sekali gus membukan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
ii. Mengancam kesihatan
penduduk tempatan
Kemasukan pekerja asing juga mengancam kesihatan penduduk tempatan. Ada pekerja asing yang membawa
penyakit berjangkit semasa memasuki negara ini kerana gagal untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Penyakit yang dibawa oleh pekerja asing
ini seterusnya akan merebak kepada penduduk tempatan. Kemasukan
warga asing yang tidak diketahui status kesihatan mereka antara punca penularan
semula penyakit kusta selepas negara diumumkan bebas daripadanya awal 1990-an. Penyakit
berkenaan dikatakan kembali selepas negara dibanjiri pendatang asing tanpa izin
(PATI) secara amnya mencatatkan kes baharu di antara 200 hingga 300 setahun. Hasilnya,
kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk membendung penyakit
ini.
Oleh itu,
kerajaan perlu mewajibkan pekerja
asing menjalani pemeriksaan
kesihatan sedia
ada (sebelum berlepas, dalam tempoh sebulan selepas berada di Malaysia, Pemeriksaan kesihatan tambahan perlu
dibuat setiap dua tahun sepanjang tempoh penggajian maksimum sepuluh tahun. Pekerja
asing yang gagal menjalani pemeriksaan kesihatan perlu diberikan hukuman
seperti dibuang daripada pekerjaan atau dibuang daripada Malaysia jika didapati
tidak menjalani pemeriksaan kesihatan kerana boleh menyebabkan penyakit
berbahaya ini merebak dan membawa kematian kepada orang lain.
iii.Masalah
Penempatan setinggan
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang
tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan
perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka
kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak
teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air
kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Penempatan
yang dibina oleh warga
asing ini juga bukan sahaja menjejaskan pandang darat sesebuah
kawasan malah ia turut mengundang pembiakan nyamuk, tikus dan lipas. Hal ini
demikian kerana, kebanyakan penempatan setinggan warga asing didapati kotor dan
tidak diselenggara dengan baik. Contohnya, air dibiarkan bertakung dan
mengundang pembiakan nyamuk aedes . Bukan itu sahaja, sisa-sisa pepejal juga
dibuang begitu sahaja sehingga boleh
mengakibatkan masalah pencemaran. Selain itu, haiwan perosak
seperti tikus akan membawa virus penyakit
dan ia menjadi agen penyebaran bagi virus tersebut. Sebagai
contoh, penyebaran virus seperti
virus kencing tikus yang berpunca daripada air kencing tikus
adalah salah satu virus yang boleh mengancam kesihatan masyarakat.Selain itu,
pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan
ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan
pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat
juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik,
dan air.
Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang
haruslah dilakukan dengan lebih tegas. Sikap seperti melepaskan batok di
tangga tidak seharusnya diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini
kerana banyak pekerja asing terdiri daripada pendatang haram yang menyusup
masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas
agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara
juga haruslah di kawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui
jalan laut.
Pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan
dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin,
imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat
pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan
pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha
seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan
jumlah PATI di negara kita.Jika semua pihak yang berkenaan memainkan
tanggungjawab secara berkesan , tidak mustahil masalah kemasukan pendatang
asing dapat diatasi dari akar umbinya.
iv.Kadar Pengangguran
Dalam Kalangan Warga tempatan Meningkat.
Lambakan warga asing di Malaysia seringkali
dikaitkan dengan globalisasi sesebuah negara dan inilah yang berlaku di
Malaysia yang mana kedatangan warga asing ke Malaysia didorong oleh faktor
pekerjaan. Kebanyakan pekerjaan di Malaysia kini dimonopoli oleh
warga asing. Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti sektor perladangan pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.
Hal ini demikian kerana, kebergantungan Malaysia terhadap tenaga
buruh asing tinggi khususnya dalam sektor- sektor tersebut. Hal ini menyebabkan kadar pengangguran dala kalangan
warga tempatan meningkat.
Apabila kadar pengangguran dalam negara melebihi
paras 4% , maka negara tersebut dilihat tidak mencapai guna
tenaga penuh. Hal ini demikian kerana, banyak tenaga kerja warga tempatan yang
tidak diguna pakai secara cekap justeru menyebabkan berlaku
lebihan dalam tenaga buruh warga tempatan. Sebagai
contoh jelas yang dapat dilihat pada masa ini ialah di sektor
pembinaan. Hampir keseluruhan tenaga buruh dalam sektor pembinaan diambil alih
oleh tenaga buruhwarga asing. Majikan lebih gemar mengambil warga asing untuk
bekerja kerana kos upahwarga asing lebih rendah berbanding kos upah warga
tempatan. oleh itu, tidak hairanlah jikakadar pengangguran dalam kalangan warga
tempatan meningkat dari semasa ke semasa.
Oleh itu, kerajaan perlu menaikkan levi (yuran) membawa masuk pekerja asing
dalam sektor berkemahiran rendah dan sederhana sebanyak 10% setiap tahun
sehingga tahun 2025.Kos untuk menggaji seorang pekerja asing berkemahiran
rendah dan sederhana sebenarnya tidaklah banyak berbeza dengan gaji seorang
pekerja tempatan bagi kemahiran yang sama apabila dicampur dengan bayaran levi
dan pelbagai kos pendaftaran dan pemeriksaan. Satu cara yang berkesan untuk
memaksa majikan-majikan membuang tabiat bergantung kepada pekerja asing ialah
dengan memastikan kos menggaji pekerja asing meningkat sehingga ia (menggaji
pekerja asing) adalah lebih mahal dari menggaji pekerja tempatan. Oleh itu,
Bayaran levi untuk membawa masuk dan mendaftarkan pekerja asing berkemahiran
rendah dan sederhana dalam sektor yang dibenarkan dinaikkan sebanyak 10% setiap
tahun sehingga ke tahun 2025 . Peningkatan kos menggaji pekerja asing ini akan
memaksa majikan beralih kepada pekerja tempatan.
v.Persaingan
Dalam Perniagaan.
Kebanjiran warga asing yang berimigrasi ke
Malaysia menyebabkan berlakunya kepadatan penduduk di sesebuah kawasan. Apabila
berlaku kepadatan penduduk di sesebuah kawasan atau wilayah , maka akan wujudlah
permintaan yang berlebihan . Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang
berlebihan ini menyebabkan penawaran yang sedia ada tidak dapat menampung
jumlah permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.Kesannya akan
wujud lebihan permintaan kesan daripada penawaran yang kurang
daripada permintaan. Jadi, warga asing melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka
membuka satu perniagaan baru bagi memenuhi jumlah penawaran yang terhad. Hal
ini akan memberi kesan kepada peniaga-peniaga tempatan yang sedia ada.
Berlaku persaingan dalam perniagaan antara
peniaga warga tempatan dengan peniaga warga asing. Masalah berlaku
apabila terdapat peniaga warga yang meletakkan tingkat harga barangan dan perkhidmatan mereka
jauh lebih rendah berbanding dengan peniaga warga tempatan. Disamping
itu, terdapat juga warga asing yang membuka premis perniagaan secara haram
iaitutanpa mendapat kelulusan daripada pihak berwajib. Mereka juga terlepas
daripada membayar cukai kepada pihak kerajaan. Keadaan ini
menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam kalangan peniaga warga tempatan
Oleh itu, kerajaan perlu mengetatkan syarat-syarat pengambilan pekerja asing
dan mengurangkan sektor serta jenis pekerjaan yang dibenarkan.Melihatkan
senarai sektor dan sub-sektor ekonomi yang dibenarkan mengambil pekerja asing,
ada banyak sektor yang sepatutnya tidak dibenarkan mengambil pekerja asing.
Sektor perkhidmatan seperti restoran, pencucian dan pembersihan, perhotelan,
spa dan refleksologi, kedi dan pengendalian kargo tidak sepatutnya menggunakan
tenaga asing kerana ini kerja-kerja yang tidak memerlukan kepakaran.
Alasan yang sering diberikan oleh
kumpulan majikan ialah kesukaran mencari pekerja tempatan yang sanggup membuat
kerja-kerja ini kerana kononnya gaji yang ditawarkan adalah rendah. Alasan ini
mungkin benar sepuluh tahun yang lepas semasa negara belum melaksanakan gaji
minima.Namun sejak adanya gaji minima, sepatutnya gaji pekerja asing yang
dibayar bagi kerja-kerja ini adalah sama dengan gaji pekerja tempatan; iaitu
tidak boleh lebih rendah dari gaji minima kebangsaan (iaitu RM1,000 sebulan
seperti Perintah Gaji Minima Kebangsaan 2016).
Bila dicampur dengan kos membawa
masuk seorang pekerja asing, kos sebenar yang ditanggung oleh seorang majikan
bukanlah semurah yang disangkakan. golongan wanita malah warga emas yang
telah bersara boleh melakukan kerja-kerja dalam sektor perkhidmatan sebegini
dengan syarat gajinya dan waktu bekerja mematuhi Perintah Gaji Minima
Kebangsaan dan undang-undang tenaga kerja yang adil kepada rakyat Malaysia.
5.0 KESIMPULAN
kemasukan buruh asing ke dalam negara
Malaysia sememangnya telah mendatangkan kesan positif kepada pembangunan
negara.Oleh itu boleh disimpulkan bahawa tenaga pekerja asing amat diperlukan
demi membantu menstabil dan meningkatkan ekonomi negara.Kemasukan mereka ke
dalam negara kita seharusnya tidak hanya dipandang dari segi sudut negatif
sahaja. Walaupun pada hari ini wujudnya pelbagai desus-desis atau isu-isu yang
menyatakan untuk tidak terus bergantung kepada tenaga mereka, namun secara
realitinya negara kita sebenarnya masih memerlukan tenaga kerja mereka.
Lambakan warga asing dalam negara
menyebabkan kadar jenayah meningkat. Hal ini seterusnya mengancam keselamatan
negara dan masyarakat tempatan.Sektor pelancongan juga akan turut terjejas
kerana pelancong berasa terancam untuk datang ke Malaysia. Olh itu, pendapatan
negara akan berkurangan. Seterusnya, kemasukan warga asing ke Malaysia
juga akan menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir
warga asing yang datang ke Malaysia tanpa melakukan kawalan pemeriksaan
kesihatan. Kesannya, kerajaan terpaksa mengeluarkan dana yang banyak untuk
mencegah wabak penyakit ini daripada merebak. Bukan itu sahaja, pertembungan
antara budaya asing dengan tempatan juga akan tercetus. Rakyat tempatan
juga terlalu 'dimanjakan' pekerja asing.
Walaubagaimana pun kebanjiran pendatang
asing yang tidak terkawal ke negara ini lebih banyak mendatangkan impak negatif
dari yang positif. Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih serius jika tidak
ditangani segera. Oleh yang demikian, semua pihak mestilah berganding bahu
dalam menangani masalah kebanjiran pendatang asing ke negara ini. Selain itu
kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta pihak kerajaan kita dengan
kerajaan negara jiran perlu ditingkatkan agar masalah rasuah dalam kalangan
pihak berkuasa tidak berlaku. Hal ini perlu dibanteras agar tidak memburukkan
keadaan lagi. Jika masalah tersebut dapat ditangani, sudah tentu hal ini tidak
akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang sudah sekian lama
terjalin.
Kerajaan hendaklah berusaha untuk
menghadkan kemasukan pekerja dari luar dan perlu mengutamakan pekerja tempatan.
Sudah tiba masanya Malaysia mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada
teknologi yang lebih tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal supaya
rakyat tempatan tidak terlalu 'dimanjakan' oleh pekerja asing dan mengurangkan
pergantungan kepada pekerja asing.
6.0 SUMBER RUJUKAN
1.
BUKU
H.S.Ngu & Md.Zyadi.Md.Tahir.(2019).Teks Pra-U STPM
Ekonomi Mikroekonomi.(2018).Sasbadi Sdn.Bhd.
2.
LAMAN WEB
Muhamad
Sukri Che Maghtar.(May 28,2018).Padah pekerja asing di Malaysia. Dimuat turun
pada Julai 22,2018 daripada https://www.utusan.com.my/rencana/forum/padah-pekerja-asing-di-malaysia-1.680820
Nurzafirah
Rahim.(November 18, 2008). Pendatang Asing Tanpa Izin. Dimuat turun pada Julai 22,2018 daripada http://khirkassim.blogspot.com/2008/11/tips-2-karangan-stpm-2008.html
Christabeljuman.(n.d). Kesan kemasukan pendatang
asing dan cara mengawal kemasukkannya. Dimuat
turun pada Julai 22,2018 daripada https://www.wattpad.com/328735732-contoh-karangan-bm-kesan-kemasukan-pendatang-asing
Admin.( April 1, 2009).Langkah-langkah
Untuk Mengawal Kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI). https://mazlan66.wordpress.com/2009/04/01/langkah-langkah-untuk-mengawal-kemasukan-pendatang-tanpa-izin-pati/
7.0 LAMPIRAN
Comments
Post a Comment