CONTOH KERJA KURSUS ARTIKEL EKONOMI MATRIKULASI SEM 1
1.0 ARTIKEL DIPILIH Padah pekerja asing di Malaysia SEKUMPULAN buruh binaan warga asing berteduh di bawah jejambat Bulatan Pandan, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu. GAMBAR HIASAN/BERNAMA(28 Mei 2018 3:00 AM) SUDAH terang lagi bersuluh. Malaysia adalah sebuah negara aman damai serta makmur dan kerana itulah pekerja-pekerja dari negara luar seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan sebagainya ingin datang ke tanah air kita untuk mencari rezeki. Pendatang asing dapat dikategorikan kepada dua kelompok iaitu yang masuk secara sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari negara destinasinya berdasarkan akta dan peraturan yang ditetapkan. Sebaliknya PATI adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan masuk dari negara tersebut dan menyusup secara haram. Antara punca utama lambakan warga asing adalah masih banyak kekosongan jawatan dalam sektor pekerjaan berbahaya ...
Comments
Post a Comment